Saturday, January 26, 2013

Bagaimana Cara Mendapatkan Kulit Yang Cantik?





Kulit yang cantik dan sihat bukan saja menjadi idaman wanita malah lelaki juga. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.


Salah satu cara untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat ialah dengan menjaga pemakanan atau diet anda.



Untuk kesihatan dan kecantikan kulit pastikan diet anda mengandungi vitamin dan nutrien berikut:



1.             VITAMIN A: Membantu mengelakkan kulit dari menjadi kering. Vitamin ini berfungsi untuk penjagaan dan untuk memperbaiki tisu kulit. Banyak terdapat dalam hati haiwan, telur, salmon dan tomato.

2.             VITAMINS B: Sangat penting untuk memastikan kulit yang sihat dan cantik. Vitamin B1 (thiamine) memastikan kulit mendapat zat yang diperlukan dan kelihatan kemerah-merahan dengan memastikan pengaliran darah yang normal. Sumber utama Vitamin B ialah kekacang dan legume.

3.             VITAMIN C: Adalah sejenis antioksida yang akan mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan struktur sel kulit. Kerosakan ini akan memecahkan kolagen yang terdapat pada kulit yang muda. Paling sesuai untuk dimakan ialah lada benggala, brokoli dan sayur berdaun hijau gelap.

4.             SELENIUM: Selenium dan copper dapat mengurangkan sunburn pada kulit anda. Sebagaiman diketahui kerosakan dari pancaran cahaya matahari amat kerap berlaku pada kulit anda. Selenium, copper dan zink boleh didapati dari bijirin penuh, makanan laut, telor, tiram dan daging tanpa lemak.

Ayuh, dapatkan Vitamin A, B, C dan selenium anda setiap hari untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda.


Senaman Tabata Ringkas dan Berkesan Membakar Kalori


Senaman Tabata Ringkas dan Berkesan Membakar Kalori



Kesihatan sudah pasti memerlukan senaman. Tabata adalah sejenis senaman yang berselang dan berintensiti tinggi yang memerlukan hanya 14 minit untuk melengkapkannya.

Pencipta senaman Tabata ialah Izumi Tabata, Ph.D., mendapati bahawa peserta dalam protokol senaman ini membakar kalori yang tinggi sehingga 48 jam selepas sesi senaman selesai.

5 langkah untuk melakukan protokol senaman Tabata:
  1. Mula dengan memanaskan badan selama 5 minit dengan berjalan cepat di atas treadmill. 
  2. Berlari pecut sepantas yang anda boleh selama 20 saat.
  3. Berjalan kaki cepat selama 10 saat. 
  4. Ulangi pergerakan 2 & 3 (berlari 20 saat dan berjalan 10 saat) sebanyak 8 kali. 
  5. Cool down selama 5 minit.
Satu senaman yang ringkas. Selamat mencuba dan bakar kalori yang berlebihan untuk kesihatan anda!



Wawancara Hasryn Hamka Bersama TV9 dan CCSC

Wawancara Hasryn Hamka Bersama TV9 dan CCSC 

Nelayan Penagih Dadah


5 Cara Untuk Menyihatkan dan Menguatkan Minda


5 Cara Untuk Menyihatkan dan Menguatkan Minda



Kesihatan badan dan otak amat penting. Pernahkah anda terserempak dengan seseorang, mukanya anda cam, tapi anda tak ingat namanya langsung. Ataupun anda baru saja parking kereta tapi dah terlupa kat mana?
Sebab terjadinya perkara begini ialah memori dalam otak anda, seperti juga badan anda otak boleh menjadi letih dan lemah. Tenaga diperlukan untuk menyegarkan otak anda.
Di antra cara untuk menyihatkan dan menyegarkan otak anda selain dari mengamalkan kismis dan kurma ialah:
  1. Makan badam. Badam sangat berkhasiat dan mengandungi pelbagai vitamin & telah digunakan berabad lamanya untuk meningkatkan prestasi memori. Ambil minyak badam bersama susu sebelum tidur atau rendam badam selama beberapa jam dan kupas kulitnya, kisar halus dan campurkan air dan sedikit gula atau madu dan minum sebelum tidur untuk badan dan memori yang lebih sihat.
  2. Jus apel. An apple a day keep the doctors away! Selain dari buah, jus apel sangat baik untuk otak. Satu kajian menunjukkan jus apel meningkatkan penghasilan  neurotransmitter acetylcholine di dalam otak yang seterusnya akan memperbaiki kuasa memori anda.
  3. Cukup tidur & lena. Tidur yang lena dan cukup dapat menguatkan otak anda. Tidur dengan lena selepas seharian bekerja kuat dan anda akan dapat merasakan perbezaannya pada keesokan hari. Kajian menujukkan otak memainkan semula imej-imej yang telah anda alami seharian dan membantu anda mengingatinya semula di masa depan bila anda memerlukannya.
  4. Rasa gembira dan nikmati hidup anda. Tekanan dalam rutin harian boleh melemahkan otak anda. Cuba tukar-tukar rutin dan lakukan aktiviti rekreasi untuk menyegarkan semula otak anda.  Lupakan kerja buat sementara waktu dan  ambil masa untuk bersama ibubapa, saudara-mara, kawan-kawan, isteri atau anak-anak. Keluar bersiar-siar atau melancong, dengar muzik kegemaran anda atau lakukan apa saja hobi yang boleh menggembirakan anda.
  5. Bersenam. Seperti juga badan anda, otak juga perlukan senaman untuk menjadi sihat dan cergas, oleh itu jangan lupa mengambil masa untuk bersenam setiap hari atau beberapa hari sekali.
Minda yang sihat datangnya dari badan yang sihat. Untuk mendapatkan otak dan minda yang sihat dan cergas, jagalah kesihatan anda.


Kesan Kekurangan Vitamin D





Kekurangan Vitamin D biasanya berlaku akibat kurang pendedahan kepada pancaran matahari dan ada juga kerana tidak mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin D secukupnya. Selain daripada kedua-dua faktor tersebut adalah tidak diketahui kenapa berlakunya kekurangan.

Kekurangan Vitamin D mempunyai simptom atau tanda-tanda seperti:



1.             Keletihan
2.             Sakit-sakit otot dan kelemahan
3.             Kekejangan otot
4.             Sakit sendi
5.             Sakit kronik
6.             Penambahan berat badan
7.             Tekanan darah tinggi
8.             Tidak dapat tidur lena
9.             Tumpuan yang lemah
10.           Sakit kepala
11.           Masalah pundi kencing
12.           Sembelit atau cirit-birit

Salah satu cara untuk mengetahuinya ialah dengan berjumpa doktor untuk membuat ujian darah dan melihat adakah anda kekurangan Vitamin D ini.


22 Penyakit yang dikaitkan dengan kekurangan Vitamin D ialah:

Kekurangan vitamin D menyebabkan hampir setiap penyakit utama.

1.             Osteoporosis dan osteopenia
2.             17 jenis Kanser (termasuk payudara, prostat dan kolon)
3.             Penyakit jantung
4.             Tekanan darah tinggi
5.             Obesiti
6.             Sindrom Metabolik dan Diabetes
7.             Penyakit autoimun
8.             Multiple sklerosis
9.             Rheumatoid arthritis
10.           Osteoartritis
11.           Bursitis (radang kantung bendalir sendi)
12.           Gout
13.           Ketidaksuburan dan PMS
14.           Penyakit Parkinson
15.     Kemurungan dan Seasonal Affective Disorder (Kemurungan bila musim bertukar)
16.           Penyakit Alzheimer
17.           Sindrom keletihan yang kronik
18.           Fibromyalgia (sakit diseluruh bahagian badan)
19.           Kesakitan kronik
20.           Penyakit periodontal (Keradangan gusi dan gusi berdarah)
21.           Psoriasis
22.           Ricket

Vitamin D adalah sebahagian dari vitamin yang amat diperlukan oleh badan anda, jadi elakan dari kekurangan.