Kulit yang cantik dan sihat bukan saja menjadi idaman
wanita malah lelaki juga. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan kulit yang
cantik dan sihat.
Salah satu cara untuk mendapatkan kulit yang
cantik dan sihat ialah dengan menjaga pemakanan atau diet anda.
Untuk kesihatan dan kecantikan kulit pastikan
diet anda mengandungi vitamin dan nutrien berikut:
1.
VITAMIN A: Membantu mengelakkan kulit dari menjadi kering.
Vitamin ini berfungsi untuk penjagaan dan untuk memperbaiki tisu kulit. Banyak
terdapat dalam hati haiwan, telur, salmon dan tomato.
2.
VITAMINS B: Sangat penting untuk memastikan kulit yang sihat dan
cantik. Vitamin B1 (thiamine) memastikan kulit mendapat zat yang diperlukan dan
kelihatan kemerah-merahan dengan memastikan pengaliran darah yang normal.
Sumber utama Vitamin B ialah kekacang dan legume.
3.
VITAMIN C: Adalah sejenis antioksida yang akan mengurangkan
kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan struktur sel
kulit. Kerosakan ini akan memecahkan kolagen yang terdapat pada kulit yang
muda. Paling sesuai untuk dimakan ialah lada benggala, brokoli dan sayur
berdaun hijau gelap.
4.
SELENIUM: Selenium dan copper dapat mengurangkan sunburn pada
kulit anda. Sebagaiman diketahui kerosakan dari pancaran cahaya matahari amat
kerap berlaku pada kulit anda. Selenium, copper dan zink boleh didapati dari
bijirin penuh, makanan laut, telor, tiram dan daging tanpa lemak.
Ayuh, dapatkan Vitamin A, B, C dan selenium anda
setiap hari untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda.

No comments:
Post a Comment